*•☆°•✽✽Sahabat..saling melengkapi dan menguatkan✽✽•°☆•*
☆•☆•Assalamu'alaikum`warahmatu
ღ☆ღBismillahirrahmanirrahiim..
❀¸.••.❀ ..••.¸✿ ✿¸❀¸.••.❀
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling
mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota
tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut
merasai akan kesakitannya”
[Hadis riwayat Muttafaq ‘Alaih]
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w. berkata di hadapan para sahabatnya yang dikasihinya:
"Sesungguhnya, di kalangan hamba-hamba Alah ada beberapa orang yang
bukan para nabi dan bukan syuhada, tetapi para nabi dan syuhada
menginginkan kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada mereka."
Lantas, para sahabat bertanya:
"Wahai Rasulullah, khabarkanlah kepada kami, siapakah mereka itu?"
Rasulullah menjawab:
"Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah bukan
kerana hubungan kerabat di antara mereka. Juga bukan kerana harta yang
saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah (seperti)
cahaya dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut tatkala
manusia ketakutan dan tidak bersedih hati tatkala manusia bersedih
hati."
Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat:
"Ingatlah, sesungguhnya, wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuatiran
terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yunus:62)"
[Hadis riwayat Ahmad]
Beruntunglah orang-orang yang berukhuwah.
Mereka yang saling mencintai kerana Allah dan semestinya bukan kerana
kepentingan-kepentingan berbentuk duniawi.
"orang yang bukan
para nabi dan bukan syuhada, tetapi para nabi dan syuhada menginginkan
kedudukan yang diberikan oleh Allah kepada mereka."
Lihat,
Allah memberikan mereka kedudukan istimewa di sisiNya. Segolongan
manusia yang dicemburui para nabi dan syuhada. Beruntunglah mereka...
Pasti kita pernah menerima pesanan ringkas dari sahabat kita (sama
jantina) untuk meluahkan cinta dan kasihnya.."aku mencintaimu kerana
Allah", "ukhuwah fillah abadan abada", "uhibbukifillah" dan seumpanya.
Berbicara tentang ukhuwah, ternyata tidaklah semudah apa yang dilafazkan.
Suatu malam, bertanya kepada seorang sahabat.
"Akak, kenapa bila dengan akhawat hati terasa lebih sensitif.? Tidak
seperti kawan-kawan biasa yang kita banyak berlapang dada dengan
mereka." Jawapan ringkas diberikan kepada saya. "Kerana kita mempunyai
expectation terhadap akhawat. Sedangkan, mereka juga manusia biasa".
Terasa terpukul dengan jawapan yang diberi. Logiknya benar-benar ada.
Ya, kerana namanya akhawat. Dan akhawat tidaklah sekadar panggilan atau
gelaran. Tapi, si pembawa nama akhawat itu juga membawa bersama
sikap-sikap dan akhlak-akhlak yang asas bagi seseorang yang bergelar
akhawat. Ayat mudahnya, "akhawat sepatutnya ini dan itu.." Maka tidak
hairanlah, apabila sebaliknya berlaku yang mana seorang akahawat itu
bersikap di luar daripada expectation yang sepatutnya, hati menjadi
sensitif. Terlupa bahawa yang namanya akhawat itu, juga seorang manusia
biasa dan bukannya malaikat. Yang pastinya tidak terlepas melakukan
kesalahan.
Kadang-kala, mudahnya kita menghukum akhawat sendiri. Ataukah ia kerap berlaku?
Indikator "akhawat sepatutnya ini dan itu" juga ada baiknya.
Sepertimana kita sebagai seorang Muslim, yang namanya seorang Muslim
pasti sepatutnya ada bersamanya akhlak-akhlak asas seorang Muslim.
Muslim tidak seharusnya pada nama saja, namun Islam harus terpancar juga
melalui peribadinya. Jika ada yang tersasar, itu menunjukkan ada
sesuatu yang tidak 'kena'.
Nah, begitu jugalah dengan akhawat.
Benarkah sudah tertarbiyyah? 10 muwassofat menjadi ukurannya. Namun,
jika ada yang tidak terpenuhi jangan cepat menghukum. Tanyalah diri
sendiri dahulu, "berikan 70 sebab kenapa harus aku katakan dia
sedemikian rupa".
Tahap minimum ukhuwah iaitu berlapang dada,
adakalanya terasa berat juga untuk mengekalkannya. Apatah lagi tahap
tertinggi, itsar iaitu melebihkan sahabat lain ke atas diri kita.
Ukhuwah itu buah keimanan. Tatkala itu, refleksikanlah ia dengan kondisi
iman kita. Makin rendah tahap ukhuwah maka tahap rendah itu jugalah
ukuran iman.
Dalam berukhuwah, hal-hal remeh pun boleh menjadi
sesuatu yang akan membuat hati cepat terasa. Seorang ukhti, balik ke
rumah sewa dengan keletihan dan lapar. Penuh mengharap agar makanan ada
diasingkan untuknya. SMS siap dihantar sebagai peringatan. Setelah
sampai, kecewanya hati apabila tiada apa yang tinggal. "takkan tak
tinggalkan sedikit pun. Kan dah bagitau tadi. Aku pun ahli rumah ni
juga" bisik hati yang menahan geram daripada dilontarkan. Atau, ukhti A
menyapa ukhti B dan bertanyakan khabar. Ukhti C yang di sebelah B tidak
pula disapanya apatah lagi bertanyakan khabarnya. Terasalah pula si
ukhti C...
Sekali lagi, berbicara tentang ukhuwah, ternyata tidaklah semudah apa yang dilafazkan.
Sensitiviti seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain seringkali menduga. Meskipun pada hal-hal yang kita anggap remeh.
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling
mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota
tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut
merasai akan kesakitannya”
[Hadis riwayat Muttafaq ‘Alaih]
Rasulullah juga mengajar kita erti sensitiviti. Tatkala satu anggota sakit, terasakah anggota yang lain?
Pada saat ini, di mana sahabat-sahabat kita? Apa khabarnya? Pedulikah kita dengannya?
Pernah satu penyataan saya dengari. "Ukhuwah itu hanya ada ketika
adanya amal dakwah yang menuntut. Bila ada, semua sibuk mencari sahabat
itu. Tatkala tiada, maka semua senyap saja dan tiada di sampingnya"
Saya yang masih belajar untuk berukhuwah, tercabar juga mendengarnya.
Tercabar dalam erti kata menghadkan pengertian ukhuwah sebatas amal-amal
dakwah saja dan bersua muka dengan sahabat yang lain.
Agar berlapang dada itu ada, dan agar tidak cepat menghukum, cuba untuk memahami kondisi sahabat itu dan hakikat yang berlaku.
Mungkin, dalam hatinya menuntut sebuah perhatian dari sahabatnya.
Kepedulian terhadapnya. Dan dia merasakan, akhawatlah sebaik-baik teman.
Di kala itu, jiwanya sunyi lantas menagih peduli dari akhawat.
Merajuknya pada akhawat barangkali.
Sahabat yang tidak sentiasa
ada bersama, bukan bermaksud tidak berukhuwah. Mungkin kerana tompokan
kerja dan tugasan-tugasan yang menghambatnya untuk tidak kerap bertemu.
Tautan ukhuwah tidak terletak semata-mata pada kerapnya bertemu, tetapi
tautan hati itulah yang menjadi pengikat antara kedua-duanya. Tapi
tidaklah mengatakan bahawa pertemuan-pertemuan itu tidak penting. Ada
juga kepedulian meskipun sedikit.
Sahabat yang mencari-cari
kita di kala diperlukan dan senyap saja ketika tidak diperlukan,
bukanlah bermaksud dia tidak berukhuwah. Tatkala dia memerlukanmu untuk
suatu amal dakwah bererti potensimu diperlukan dalam dakwah. Tatkala
tidak dicari, janganlah pula mudah terasa sehingga pesimis terhadap
sahabat-sahabat yang lain. Fikiran sentiasa terbuka untuk segera membuat
konklusi dan menghukum. Namun, fikiran juga sentiasa terbuka untuk
diperbetulkan mind setting dari semasa ke semasa. Berikanlah 70 alasan
dahulu sebelum memberi konklusi akan sesuatu.
Namun, dalam
kedua-dua hal ini, tidaklah menuntut kejernihan fikiran dan tindakan
daripada satu belah pihak saja. Kedua-duanya juga perlu. Jika sibuk,
carilah masa-masa untuk bertemu juga dan tidak menghilangkan diri begitu
saja. Jika tiada hajat atau keperluan ke atasnya, sesekali bertanyalah
khabarnya dan kebajikannya. Sekurang-kurangnya, itu dapat mengembirakan
hatinya.
Dalam berukhuwah, banyak hal yang akan diuji.
Kelemahan demi kelemahan sahabat akan kita ketahui. Bahkan betapa
kerapnya berlaku, sesuatu yang kita tidak suka ada pada sahabat-sahabat
kita itu..Jangan melarikan diri namun hadapilah. Ketegaran hati dan
emosi pasti akan terbina dan kita pun akan semakin mudah menerima
kelemahan orang lain. Kita juga mempunyai kelemahan bukan? Jika sahabat
mengalami situasi yang sama, sudah pasti dia juga teruji. Adilkah untuk
cepat menghukum dan beremosi dengannya?
Jelas, berukhuwah tidak
sekadar berta'aruf. Tapi perlu melalui dua lagi proses iaitu tafahum
dan takaful. Saling memahami dan saling memikul beban. Tafahum tidak
akan berjalan dengan baik jika tiadanya ta'aruf dan takaful juga tidak
akan berjalan baik jika tiadanya tafahum.
Kenapa mudah terasa
dengan sahabat yang kita rapat berbanding sahabat-sahabat yang kurang
rapat? Kerana, kita sudah berta'aruf dengannya dan mengetahui banyak hal
tentangnya. Sedangkan yang satu lagi kita berta'aruf dengannya namun
masih kurang mengenalinya, sikap dan peribadinya..
Walau apapun
yang berlaku ke atas mereka, meski di manapun mereka berada kini dan
tidak bersama, tetaplah menjaga nama baik sahabat-sahabat kita. Tetaplah
mendoakan kesejahteraan mereka.
“Sesiapa yang mempertahankan
maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari
seksaan api neraka di hari kiamat”.
[Hadis riwayat Tirmidzi]
“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya
itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan,
di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia
mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang
ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”.
[Hadis riwayat Muslim]
Tidak jarang, kita sering mengharap agar sahabat kita begini dan begitu..
Tidak jarang juga, kita mengharap agar sahabat tidak berbuat sesuatu
yang di luar daripada expectation kita. Begini dan begitu kerap ditagih
agar mereka memberi kepada kita...
"alangkah sulitnya mencari sahabat sejati, "
kata seorang teman "tak kutemukan walau telah kujelajahi bumi, negeri demi negeri"
aku tersenyum menepuk pundaknya, "mungkin itu sebab yang kau cari
adalah sahabat untuk memberi, adapun sahabat untuk diberi bertebaran di
seluruh penjuru bumi"
[Salim A.Fillah- Dalam Dekapan Ukhuwah]
Sahabat..saling melengkapi dan menguatkan
